Mengenai MDPM
Mengenai MDPM
Majlis Datuk Persekutuan Malaysia (MDPM) terdiri daripada penerima-penerima Panglima Jasa Negara (P.J.N.) dan Panglima Setia Diraja (P.S.D.) yang dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Majlis ini ditubuhkan pada 29th Mei 2002 di bawah pimpinan Presiden pertama, Professor Datuk Dr Hj Mohamed Mydin Bin Mohd Musa dan Jawatankuasa beliau.
Presiden kedua MDPM ialah Tan Sri Datuk Danny Ooi yang berkhidmat dari tahun 2011 hingga 2019. Datuk Awalan Abdul Aziz memimpin majlis ini dari tahun 2019 hingga 2023 sebagai Presiden ketiga. Pada masa kini, Presiden keempat adalah Datuk Iskandar Abd Malik, yang sedang berkhidmat dari tahun 2023 hingga 2025.
Mission & Objective
Untuk mempromosikan dan memperkuatkan persefahaman dan persaudaraan di kalangan ahli-ahli MDPM serta menjalin hubungan kerja yang baik dengan kerajaan dan pelbagai Persatuan-Persatuan Datuk Negeri di Malaysia. MDPM juga mempromosikan konsep masyarakat penyayang untuk membantu warga Malaysia yang kurang bernasib baik melalui pelbagai kempen amal.
Keahlian MDPM
Keahlian MDPM hanya terbuka eksklusif hanya kepada penerima-penerima Panglima Jasa Negara (P.J.N.) dan Panglima Setia Diraja (P.S.D.) yang dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Every application for membership shall be proposed by two MDPM members and sent to the Secretary, who is required to submit the application as soon as possible, to the Executive Committee for approval. The Executive Committee may in it’s discretion accept or reject any application without assigning any reason.
Mengenai P.J.N. & P.S.D.
Panglima Jasa Negara (P.J.N.)
Panglima Jasa Negara (P.J.N.) merupakan darjah yang mempunyai hanya satu pangkat dalam Darjah Yang Mulia Jasa Negara. Anugerah ini membawa gelaran 'Datuk' dan isteri penyandang bergelar 'Datin'.
Keanggotaan dalam darjah ini terhad kepada 675 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.
Panglima Setia Diraja (P.S.D.)
Panglima Setia Diraja (P.S.D.) merupakan pangkat yang tertinggi dalam Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja. Anugerah ini membawa gelaran 'Datuk' dan isteri penyandang bergelar 'Datin'.
Jumlah anugerah ini terhad kepada 200 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.